Tapi tidak ramai yang tahu anak muda yang mengasaskan siri popular Upin dan Ipin dan Boboiboy ini bermula dengan mengupload karya-karya mereka dalam Youtube. Begitu juga dengan Najwa Latif. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannyaa dinyanyikannya sendiri secara akustik dengan hanya menggunakan gitar kapok.
Begitulah hebatnya Youtube. Youtube sangat berpengaruh dalam medium pemasaran internet. Penggunaan Youtube secara bijak akan membolehkan jenama,produk,servis dan anda menjadi terkenal,diikuti ramai orang dan diperkatakan dalam masa yang singkat.
Jadi apakah strategi pemasaran melalui Youtube?
1. Langkah mudah untuk bermula dengan Youtube ialah anda mestilah mempunyai rakaman video. Namun pastikan rakaman video anda mempunyai tarikan dan keunikan sendiri. Jangan terlalu panjang. Pilih bentuk rakaman yang belum pernah atau jarang dibuat orang lain. Kreativiti anda akan menentukan kejayaan kempen pemasaran anda
2. Pastikan anda memasukkan info video anda dengan lengkap. Profil anda sebagai tukang upload mestilah dilengkapkan dengan maklumat yang terkini dan menarik perhatian. Upload video anda mengikut kategori yang disediakan. Tajuk video anda perlulah GEMPAK dan menarik perhatian. Jangan buat video pemasaran anda seperti IKLAN. Pastkan video anda dapat menarik orang ke laman web/blog/produk yg anda promosikan
3. Timing kena betul untuk anda melancarkan kempen pemasaran melalui Youtube. Lihat keadaan dan situasi semasa. Upload video anda dengan mengambil kira trend terkini.
4. Kongsi dalam media sosial. Kongsikan video anda dalam Facebook, Emel dan Twitte. Embed video anda dalam blog atau website yang anda uruskan. Berkomunikasi dengan orang ramai dalam setiap comment yang mereka tinggalkan untuk video anda
5. Analisis video anda. Lihat statistik LIKE,SUBSCRIPTION dan incoming link dari video Youtube anda.
No comments:
Post a Comment