Wednesday, June 21, 2006

Hasilnya


Saya telah baca banyak sekali panduan dan pandangan serta tips untuk menjana pendapatan melalui internet. Setakat kehari ini saya telah mencuba dua perkara berkaitan menjana wang melalui internet. Semuanya bermula sejak saya mengenali industri autosurf. Saya pada masa itu menyedari, walaupun telah tersilap langkah menyertai autosurf dengan pelbagai plan menarik yang sungguh licik dan mengelirukan (mujur hanya sedikit shj rugi; akan hebatnya kuasa pemasaran dan perniagaan melalui internet ini.

Melalui pembacaan dan perbincangan maya, saya merasakan bahawa dunia internet pada 5 tahun selepas millenieum telah beranjak kepada satu dimensi baru yang lebih terarah kepada bidang ekonomi dan kewangan. Internet kini mampu menjadi medium dan wadah bagi sesiapa sahaja sama ada untuk menjana pendapatan, berniaga, memasarkan dan setidak-tidaknya sebagai pengguna dan pembeli.

Perkara kedua ialah menjana pendapatan melalui Adsense. Alhamdulillah setakat ini kelima-lima web saya yang memuatkan iklan Google Adsense berjaya mendatangkan sedikit pulangan sekitar 0.10 sen ke 1.00 USD. Dalam tempoh 2 bulan mendaftar di Google Adsense tanpa menghadiri sebarang seminar dan membeli sebarang e-book, wang didalam akaun Google Adsense saya berjaya bertambah sedikit demi sedikit.

Pendek kata disini, saya telah menggunakan dua aplikasi.Pertama ialah Google Adsene sebagai penjana kewangan dan kedua ialah laman-laman web internet sebagai medium menjana kewangan.

Boleh Lihat laman-laman web saya yang menjadi medium kepada periklanan Google Adsense.

1.MYBiofuel
2.BloG Saya
3.Biofuel Blog
4.Malay Sex Treasure
5.WebSite ini

Nanti ada kelapangan saya akan menulis bagaimana anda juga boleh mendapat sedikit wang melalui AdSense.

BTW anda boleh mendapatkan Ezine menarik tentang menjana Wang secara Cyber disini

No comments: